TUTONG, Ahad 4 Ogos 2019 – Satu kemalangan kereta melibatkan kematian telah berlaku pada pagi 04 Ogos 2019, apabila kereta yang dipandu telah hilang kawalan dan terbalik di kawasan Lebuhraya Baru Telisai / Telamba / Lumut hala Belait.   

Pihak Polis mengesahkan telah menerima panggilan kecemasan tersebut melalui talian 993 pada sekitar jam 7.30 pagi dan anggota Balai Polis Tutong telah segera ke tempat kejadian bagi menjalankan siasatan.   

Siasatan telah mendapati mangsa yang terlibat merupakan seorang lelaki anggota beruniform berumur 30 tahun.   

Mangsa yang meninggal dunia dibawa ke Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong dan telah disahkan meninggal dunia akibat kecederaan yang teruk di bahagian kepala dan bahagian belakang akibat terhumban keluar daripada kenderaan yang dipandu. Punca kejadian masih dalam siasatan.   

Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) ingin menasihatkan kepada semua pengguna jalanraya untuk sentiasa berwaspada semasa memandu dan sentiasa akur dengan mengikuti had laju yang telah ditentukan.   

Dalam pada itu, disarankan supaya semua pengguna-pengguna jalanraya untuk mengambil perhatian terhadap pemakaian tali pinggang keselamatan kerana ianya bertujuan untuk meningkatkan tahap keselamatan ketika memandu jika berlakunya kemalangan. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI