BRUNEI MUARA, Jumaat 01 Mac 2019 – Rutin rondaan pencegahan yang kerap dijalankan oleh ahli-ahli Pengawasan Kejiranan (PK) dilihat mampu menurunkan dan mengurangkan kadar jenayah di kawasan-kawasan setempat di negara ini. 

Berikutan dengan matlamat tersebut, sebanyak tiga (3) buah kampung telah menggerakkan program PK semalam dengan kerjasama keanggotaan ahli-ahli Balai Polis. 

Rondaan pertama dijalankan bersama PK Kg Sg Matan, Mukim Kota Batu yang dihadiri seramai 13 orang ahli PK dan pihak polis yang diketuai oleh Pegawai Menguasa Balai Polis Pusat, BSB – Penolong Penguasa Polis Percubaan (P/ASP) Mohammad Ziyad bin Abd Rahman. 

Manakala rondaan kedua dibuat bersama PK Kg Sg Belukut, Mukim Kota Batu yang di hadiri seramai 5 ahli PK.  

Rondaan ketiga digerakkan di kawasan Kg Pengkalan Batu yang dipimpin oleh Koperal 4044 Pg Md Iskandar Shah bersama 4 anggota dan ahli PK. Sepanjang rondaan yang dijalankan tidak ada menemukan sebarang aktiviti negatif yang melanggar undang-undang negara ini. 

TUTONG – Sebanyak 3 buah kampung juga mengendalikan rondaan pencegahan yang telah dijalankan bersama PK Bukit Beruang, PK Long Mayan dan PK Kampong Panchong, Daerah Tutong. 

Rondaan diketuai oleh Penolong Pegawai Menguasa Balai Polis Lamunin, Inspektor Percubaan (P/Insp) Ak Md Waie @ Ak Fathurahman bin Pg Abdullah Sani bersama Ketua-ketua Kampong, anggota Focal Point PK dan ahli-ahli PK. 

Rondaan ditumpukan di kawasan rumah-rumah teres RPN, persekitaran kampong dan kawasan sekolah.  

BELAIT -Di samping itu, Balai Polis Labi juga giat mengendalikan program rondaan Pencegahan Jenayah Pengawasan Kejiranan bersama ahli PK Kg Labi II. 

Rondaan dihadiri seramai 3 anggota daripada Balai Polis Labi diketuai oleh Sarjan Mejar 2729 Gudin bin Sunggih, manakala ahli PK Kg Labi II dihadiri oleh Ngawat Anak Kiang. 

Rondaan yang berakhir lewat malam itu tidak ada menemukan sebarang kegiatankegiatan yang mencurigakan. 

Untuk memastikan Pengawasan Kejiranan dapat terus berfungsi dengan berkesan adalah disarankan kepada masyarakat awam supaya bekerjasama dengan pihak polis dalam sama-sama menjaga keselamatan di kampung masing-masing agar bebas dari sebarang kegiatan jenayah. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS 

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI