MUARA, Sabtu 22 Sept 2018 – Adalah menjadi kewajipan dan peranan semua pihak dalam menjaga keselamatan kehidupan berjiran. Sikap saling bantu-membantu, perihatin dan tidak camah mata dilihat dapat melahirkan sebuah komuniti masyarakat yang bertanggungjawab dan bermoral.

Usaha sedemikian dapat dibentuk melalui program Pegawasan Kejiranan (PK) yang sedang giat di perkenalkan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei ketika ini.

Sepertimana aktiviti yang dijalankan semalam, Penglibatan Balai Polis Muara bersama PK Kg.Panchor, Mengkubau dengan membuat rondaan pencegahan yang diketuai oleh Pegawai Menguasa Balai Polis Muara, Penolong Penguasa Polis (ASP) Zamri Salleh bin Haji Mahmud bersama 6 anggota Balai dan 6 ahli PK di pimpin oleh Timbalan Pengerusi PK Kg berkenaan Yang Mulia Muhammad Hilmy bin Haji Ahmad.

Rondaan pencegahan dengan menggunakan basikal menyemarakkan lagi semangat semasa rondaan yang di jalankan di sekitar Kawasan RPN Kg Panchor Mengkubau yang berakhir pada jam 1.30 pagi semalam.

TEMBURONG– Balai Polis Bangar telah mengendalikan program rondaan pencegahan jenayah melalui Unit Pengawasan Kejiranan yang diketuai oleh Pegawai Jenayah dan Lalulintas Daerah Temburong, Penolong Penguasa Polis (ASP) Aimi Safwan bin Zalidin  bersama 7 anggota Balai beserta 5 ahli PK Kg Puni,Temburong yang di hadiri oleh Penasihat PK Yang Mulia Haji Abdul Rahman bin Merusin.

Semasa rondaan tersebut telah menemukan sebuah kereta yang mencurigakan yang diletakkan di kawasan halaman rumah penduduk kampung. Hasil siasatan pemandu dan kereta berkenaan telah dibawa ke Balai Polis bagi siasatan lanjut.

SERIA – turut sama menjalankan program PK ialah Balai Polis Seria bersama ahli PK RPN Kg Panaga 2000,Seria.

Rondaan yang di sertai oleh seramai 9 orang melibatkan anggota Balai Polis Seria dan Ahli-ahli PK kg berkenaan. Semasa rondaan tersebut tidak ada menemukan sebarang kegiatan yang mencurigakan.

TUTONG – disamping itu, Balai Polis Tutong juga giat mengendalikan program rondaan Pencegahan Jenayah Pengawasan Kejiranan bersama ahli PK Kg.Bukit Beruang.

Rondaan disertai seramai 7 anggota daripada Balai Polis Lamunin di ketuai oleh Sarjan Mejar 2150 Jaidin bin Abdullah, manakala ahli PK Kg.Bukit Beruang di hadiri seramai 7 ahli.

Semasa rondaan telah menemukan sebuah kereta yang mencurigakan diletakkan dikawasan salah sebuah rumah kosong dan telah mendapati satu pasangan lelaki dan perempuan sedang berdua-duaan. Kedua-dua individu ditahan dan dibawa ke balai Polis bagi siasatan lanjut.

Usaha sedemikian akan sentiasa dijalankan oleh Unit PK dan berharap sokongan dan galakan penduduk kampung untuk ikut serta amat diharapkan bagi sama-sama mendokong matlamat ‘bersama masyarakat mencegah jenayah’.

Dikeluarkan oleh:

Unit Perhubungan Awam

Pasukan Polis Diraja Brunei