Jumaat, 15 Nov 2019 – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) melalui Daerah-Daerah Polis, sentiasa cenderung dan aktif dalam menggerakkan keanggotaan mereka dalam tugasan-tugasan pencegahan jenayah. Ini adalah bertujuan untuk menegakkan peruntukan perundangan yang telah dipertanggungjawabkan serta memainkan peranan penting selaku peneraju penguatkuasa undang-undang bagi menyaksikan Negara Brunei Darussalam ini bebas daripada segala bentuk anasir-anasir yang bertentangan dan negatif. 

Antara lain Inisiatif yang kerap dijalankan oleh PPDB ialah menguatkuasakan undang-undang akta lalulintas. 

TUTONG – Balai Polis Tutong giat menjalankan operasi sekatan jalanraya yang banyak menumpukan di kawasan-kawasan yang dianggap strategik. Hasil operasi yang dikendalikan pada 11 Nov 2019 yang lalu telah mencatatkan sebanyak 5 kesalahan kompaun meliputi pelanggaran akta berkenaan pengubahsuaian kenderaan dan pemasangan pelekat platisk filem terhadap cermin kenderaan. 

LAMUNIN – 2 kesalahan kompaun dikeluarkan ke atas pemandu melibatkan kesalahan kenderaan tidak sesuai digunakan di atas jalanraya serta pemasangan tabir atau pelekat plastik filem. Operasi sekatan dikendalikan di kawasan Jalan Kg Lamunin hala Kg Layong. 

SERIA – Ibu Pejabat Daerah Polis Belait turut mengerakkan keanggotaan mereka bagi menjalankan operasi sekatan yang dikendalikan di kawasan Jalan Tengah Panaga Seria. Sebanyak 2 kesalahan ditemukan iaitu kesalahan lampu plat lesen tidak menyala serta lesen kenderan mansuh. 

Peroperasian sedemikian akan terus dijalankan secara berterusan bagi memastikan pengguna-pengguna jalanraya agar lebih peka dan akur dalam mematuhi akta-akta lalulintas yang telah ditetapkan di negara ini di samping sentiasa memastikan kenderaan yang dipandu dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI