BELAIT, Selasa 15 Oktober 2019 – Seorang pemandu telah dikeluarkan kompaun polis atas kesalahan memakai pelekat cermin plastik filem semasa operasi sekatan jalanraya yang dikendalikan oleh keanggotaan Ibu Pejabat Daerah Polis Belait, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), semalam.
Operasi yang dijalankan selama dua (2) jam tersebut melibatkan 10 orang keanggotaan polis yang menumpukan di kawasan Jalan Tengah Seria, Lorong 14 Panaga.
TUTONG – Balai Polis Lamunin, PPDB juga mengadakan operasi sekatan jalanraya yang sama dengan mensasarkan kawasan operasi di Kampung Lamunin/Layong Tutong.
Mengetuai operasi berkenaan Pegawai Menguasa Balai Polis Lamunin, Inspektor Muhammad Zulfadli bin Hj Awang Yusof beserta tiga belas (13) anggota balai.
Operasi berkenaan telah berhasil mengeluarkan empat (4) kesalahan kompaun ke atas empat (4) orang pemandu atas beberapa kesalahan termasuk kesalahan mengubah suai kenderaan dari asal.
Sehubungan itu, PPDB akan sentiasa menjalankan operasi sepertinya dalam hala tuju meningkatkan kesedaran orang ramai serta kepentingan mematuhi apa jua peraturan lalulintas yang telah diperuntukkan di negara ini.
Kesimpulannya, jelaslah ini menunjukkan bahawa semua pihak mempunyai peranan serta tanggungjawab yang perlu ditanai bersama-sama dalam menjamin keselamatan dan kesejahteraan pengguna jalanraya.

Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
