SUNGAI LIANG, Ahad 26 April 2020 – Berikutan dengan cuti kelepasan awam bagi menyambut kedatangan Bulan Ramadhan, Balai Polis Sungai Liang, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah menjalankan operasi sekatan dalam mempertingkatkan dan menguatkuasakan undang-undang jalanraya.
Sekatan yang diadakan pada 25 April 2020 itu telah dijalankan di kawasan berdekatan Masjid Zainab Kg. Lumut yang diketuai oleh Penolong Pegawai Menguasa Balai Polis Sungai Liang, Inspektor Mohd Nazmi bin Hj Ismail yang melibatkan seramai 8 orang anggota balai.
Sebanyak 14 buah kenderaan dijalankan pemeriksaan dan telah mendapati dua (2) orang pemandu dikenakan kompaun atas kesalahan cukai jalan mansuh dan kesalahan kenderaan yang tidak bersesuaian dari segi struktur digunakan bagi tujuan lain.
PPDB juga ingin menasihatkan kepada orang ramai agar tidak memandu jika dalam keadaan mengantuk serta hendaklah sentiasa melakukan pemeriksaan dan memastikan kenderaan mereka selamat untuk dipandu.
Jangan pentingkan diri sendiri, tanamkan sikap bertolak ansur dan bertimbang rasa, tanggungjawab hendaklah ditanai dalam menjaga keselamatan diri serta orang lain semasa memandu.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
