KUALA BELAIT, Khamis 4 Julai 2019 – Satu operasi sekatan jalanraya telah dijalankan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) di kawasan Pos Polis Sungai Tujoh berdekatan sempadan Brunei – Sarawak pada 4 Julai 2019. 

Sekatan jalanraya yang bermula pada jam 8 pagi tersebut telah melibatkan beberapa keanggotaan daripada Balai Polis Kuala Belait beserta Pasukan Simpanan Polis A Kompeni PPDB. 

Semasa operasi dibuat beberapa kenderaan telahpun dijalankan pemeriksaan beserta pendekatan melalui konsep ‘Stop & Search’ dan ‘Stop & Talk’ bagi tujuan interaksi, mewujudkan kepercayaan, menjalinkan persahabatan yang tulus di kalangan masyarakat awam dan pihak Polis. 

Operasi yang berjalan selama 2 jam itu telah tidak mendapati sebarang kesalahan-kesalahan jenayah mahupun kesalahan di bawah Akta Lalulintas. 

Pasukan Polis Diraja Brunei khususnya Balai Polis Kuala Belait akan sentiasa berterusan mengadakan operasi seperti ini bagi memastikan pelanggaran undang-undang negara sentiasa ditangani dan dibanteras dengan sebaiknya. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT URUS SETIA PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI