KUALA BELAITSelasa 11 Jun 2019 –  Operasi sekatan jalan raya telah dijalankan di kawasan Jalan Tengah Panaga (hadapan pondok petugas kawalan RU ‘A’) diketuai oleh Staff Sarjan 3393 Jepri bersama 9 orang keanggotaan dari Ibu Pejabat Daerah Polis Belait.

Hasil sekatan jalan raya yang telah dijalankan, sebanyak 6 keping Stop and Search dikeluarkan dan 1 keping Polis 190 telah diserah kepada pemandu atas kesalahan lesen kenderaan mansuh (2 hari).

Operasi tersebut berjalan dengan lancar dan sekatan ini akan diteruskan dari masa ke semasa. Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) akan sentiasa berterusan mengadakan operasi sedemikian bagi memastikan pengguna-pengguna jalanraya patuh pada undang-undang jalanraya di samping berusaha untuk mengurangkan kadar kemalangan lalulintas yang mungkin berpunca daripada kecuaian pemandu sendiri.

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT URUSETIA PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI