BELAIT, Ahad 26 April 2020 – Dalam usaha untuk memastikan para pengguna dan pemandu patuh pada undang-undang jalanraya, agensi-agensi penguatkuasa undang-undang seperti Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) tidak ketinggalan bagi menguatkuasakan undang-undang dengan mengadakan beberapa operasi seperti sekatan jalanraya di negara ini. 

Sehubungan dengan itu, satu (1) operasi sepertinya telah dikendalikan oleh Balai Polis Seria bagi menanai matlamat tersebut. Operasi Sekatan Jalanraya telah dijalankan di kawasan Jalan Tengah Seria serta rondaan pencegahan jenayah yang berasingan di kawasan tadahan balai. 

Operasi berkenaan melibatkan seramai 18 orang anggota balai yang diketuai oleh Pegawai Menguasa Balai Polis Seria, Penolong Penguasa Polis Percubaan (P/ASP) Syed Mohammad Afidzul Azeez bin Sheikh Haji Abu Bakar. 

Hasil daripada operasi tersebut, seorang pemandu telah dikeluarkan kompaun Polis atas kesalahan cukai jalanraya mansuh dan tidak ada menjumpai sebarang perkara yang mencurigakan atau menyalahi undang-undang ketika rondaan dikendalikan. 

PPDB akan sentiasa berterusan mengadakan operasi sedemikian bagi memastikan pengguna-pengguna jalanraya patuh pada undang-undang jalanraya di samping berusaha untuk mengurangkan kadar kemalangan lalulintas dan juga menghindari dari perilaku jenayah. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI