Sabtu, 11 April 2020 – Bagi memastikan pematuhan peraturan lalulintas sentiasa ditanai dan dipraktikkan kepada para pemandu, beberapa operasi sekatan jalanraya telah dikendalikan oleh keanggotaan balai di dua (2) daerah polis. 

Dalam operasi sekatan yang dijalankan di Daerah Belait bertempat di Jalan Tengah Seria, sebanyak 3 kesalahan kompaun telah dikeluarkan kepada pemandu atas kesalahan kenderaan dalam kondisi tidak dalam keadaan baik untuk dipandu di jalanraya. 

Operasi tersebut dikendalikan oleh keanggotaan Ibu Pejabat Daerah Polis Belait yang melibatkan keanggotaan bertugas seramai 10 orang. 

Manakala bagi Daerah Tutong, operasi sekatan telah dijalankan oleh keanggotaan Balai Polis Lamunin bersama anggota Unit Pasukan Simpanan Kompeni C di kawasan persimpangan empat (4) Kg Lamunin. 

Hasil daripada sekatan berkenaan telah mengeluarkan dua (2) kesalahan kompaun kepada dua (2) orang pemandu melibatkan pengubahsuaian kenderaan dari asal dan kenderaan tidak layak dan selamat dipandu di atas jalanraya. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​