GADONG, Ahad, 30 November 2025 – Unit Siasatan Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat (USPPPM), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah bertindak membuat serbuan ke atas sebuah hotel bajet di kawasan Pengkalan Gadong ekoran menerima beberapa maklumat daripada orang ramai bekaitan dengan kegiatan pelacuran.
Serbuan itu telah dilakukan pada jam kira-kira 4.14 petang yang diketuai oleh ASP Abdul Hakim Ansyari bin Abdul Rahman bersama anggota-anggota daripada USPPPM. Hasil pemeriksaan dijalankan dan mendapati seramai tujuh wanita warganegara asing disyaki telah melakukan aktiviti tidak bermoral dan seorang lelaki warganegara asing disyaki berperanan sebagai ‘Bapa Ayam’.
Kesemua suspek bersama barang-barang bukti yang dijumpai dirampas dan dibawa ke Unit Siasatan Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat untuk siasatan lanjut. Jika didapati bersalah, mereka boleh dihukum denda tidak kurang daripada BND$500 dan tidak melebihi BND$5000 atau penjara yang boleh sampai satu tahun bagi kesalahan pertama, dibawah Bab 294A Akta Kanun Hukuman Jenayah.
PPDB ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas maklumat yang telah disalurkan daripada orang ramai. Pada masa yang sama orang ramai adalah diseru untuk membuat laporan ke mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi talian kecemasan 993 jika mempunya maklumat mengenai kegiatan jenayah di negara ini.



Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
