BRUNEI DAN MUARA, Isnin 4 Februari 2019 – Aktiviti rondaan pencegahan yang kerap dilakukan oleh ahli-ahli Pengawasan Kejiranan adalah salah satu langkah yang efektif dalam membantu mengurangkan dan membenteras kejadian-kejadian jenayah di Negara ini.
Sebanyak 6 rondaan pencegahan jenayah telah dijalankan semalam sempena cuti awam Tahun Baru Cina.
Rondaan-rondaan dibuat oleh PK Mukim Kianggeh, PK Kampong Jaya Bakti / Kampong Jaya Setia / Kampong Burong Pingai Berakas, PK Kampong Lugu dan Katimahar, PK Kampong Masin, PK Kampong Lumapas B dan PK Mukim Amo, Temburong.
Di samping rondaan, turut dijalankan ialah ‘Stop, Talk and Search’ terhadap beberapa individu yang didapati semasa rondaan.
Hasil daripada rondaan-rondaan yang telah dijalankan tidak menemukan sebarang kegiatan yang mencurigkan yang melibatkan jenayah.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
