SERIA, Sabtu 11 Mei 2019 – Bersempena bulan Ramadan ini, Program Pengawasan Kejiranan (PK) masih giat dijalankan dalam objektif utama iaitu Bersama Jiran Mencegah Jenayah.
Semangat kejiranan telah disambut baik oleh penduduk Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kg Panaga di mana rondaan pencegahan jenayah telah dijalankan semalam bersama keanggotaan Balai Polis Panaga yang diketuai oleh Pegawai Menguasa Balai, Inspektor Mikhail Iman bin Abdullah Lee.
Rondaan itu dihadiri seramai 16 orang ahli PK yang dipimpin oleh Timbalan Pengerusi PK, Yang Mulia Awang Zaleha bin Lahap.

KUALA BELAIT – PK Kampong Pandan ‘A’ juga menjalankan rondaan pencegahan jenayah yang menumpukan sepenuhnya di kawasan kawalan jagaan kampung berkenaan.
Hadir bagi mengetuai rondaan iaitu Focal Point Balai Polis Kuala Belait, Koperal 2721 Shamsudin bin Haji Naim bersama 3 ahli PK kampung.

Tumpuan adalah di kawasan persimpangan jalan, premis perniagaan, kawasan bank-bank, serta bangunan-bangunan komersil. Rondaan berakhir jam sekitar 1 pagi.
TUTONG – Seramai 17 orang terdiri daripada keanggotaan Balai Polis Tutong dan PK Kampong Danau telah mengerakkan rondaan pencegahan di beberapa lokasi di kawasan tadahan Kg Danau.
Sebelum rondaan dijalankan, taklimat keselamatan disampaikan terlebih dahulu oleh Pegawai Menguasa Balai Polis Tutong, Inspektor Ahmad Faez bin Haji Mohd Hani selaku mengetuai rondaan pada malam itu.
3 lokasi tumpuan pada malam itu adalah di kawasan Jalan Keramut, Penurunan Perahu Kampong Danau dan kawasan Projek Kawalan Persisiran sepanjang Pantai Kampong Danau.

Di sepanjang rondaan yang dijalankan oleh ketiga-tiga Balai dan kampung tidak ada menemukan sebarang kegiatan-kegiatan yang menyalahi undang-undang di negara ini. Sokongan padu yang diberikan oleh penduduk kampung amat dihargai dan disanjung dalam sama-sama menjaga kesejahteraan dan keamanan Negara Brunei Darussalam.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
