BELAIT, Jumaat 14 Disember 2018 – Bagi memastikan kesejahteraan serta pencegahan jenayah dilaksanakan di kawasan kampung, Unit Pengawasan Kejiranan (PK) Balai Polis Labi baru-baru ini telah menjalankan aktiviti rondaan bersama penduduk kampung iaitu ahli-ahli PK Kg Labi I. 

Rondaan yang bermula jam 9 malam itu menumpukan kawasan-kawasan persekitaran kampung, rumah kediaman serta bangunan-bangunan kerajaan.  

TUTONG – Manakala di Daerah Tutong, Balai Polis Tutong turut mengiatkan aktiviti pencegahan jenayah dengan membuat rondaan bersama ahli-ahli PK Kg Sengkarai. 

Seramai 8 anggota balai yang diketuai oleh Penolong Pegawai Menguasa Balai Polis Tutong, Inspektor Percubaan (P/Insp) Abdul Hakim bin Haji Mohd Salleh dan 4 ahli PK yang dihadiri oleh Pemangku Ketua Kg Sengkarai, Yang Mulia Hj Omar bin Siput. 

Sepanjang rondaan dijalankan tidak menemukan sebarang kegiatan-kegiatan yang mencurigakan dan menyalahi undang-undang. 

Dengan aktiviti rondaan seumpama ini akan dapat meningkatkan lagi kewaspadaan masyarakat dalam sama-sama memastikan keselamatan di kawasan kampung bebas jenayah hasil bantuan kerjasama daripada ahli-ahli PK. Pasukan Polis juga mengalu-alukan penglibatan para belia dari pelbagai peringkat umur untuk menyertai PK di kampung masing-masing. 

Dikeluarkan Oleh :  

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI