
LABI, Isnin 10 Disember 2018– Satu rondaan pencegahan jenayah dari Unit Pengawasan Kejiranan Balai Polis Labi telah diadakan di kawasan Kg Labi.
Rondaan berkenaan diketuai oleh Pegawai Menguasa Balai Polis Labi, Inspektor Mohd Nazmi bin Hj Ismail bersama 2 orang anggota Balai . Turut serta di rondaan ialah Yang Mulia Haji Matussin bin Matzin, Ketua Kg. Labi 2 beserta seorang ahli PK Kg. Labi 2.
Rondaan berkenaan dibuat dengan menggunakan kenderaan dan tumpuan adalah dikawasan bangunan-bangunan kerajaan, taman peranginan, menara DST, rumahrumah penduduk kampong serta persekitarannya.
KUALA BELAIT – Ahli Pengawasan Kejiranan Kg Pandan B turut mengendalikan rondaan pencegahan bertujuan bagi mengawasi dan menjaga ketenteraman kampung bersama keanggotaan Balai Polis Kuala Belait.

Seramai 5 anggota Balai dan ahli PK membuat rondaan yang bermula dari kawasan Dewan Kemasyarakatan Kg Pandan, Kawasan Sekolah-sekolah, Premis perniagaan sehingga ke kawasan kediaman dan perumahan dibawah tadahan Kg Pandan B.
Hasil rondaan yang dijalankan tidak ada menemukan sebarang aktiviti-aktiviti yang mencurigakan.
Diharapkan dengan adanya program rondaan yang diungkayahkan ini akan dapat mewujudkan dan mempertingkatkan lagi keselamatan kawasan kampong setempat dalam matlamat pengawasan kejiranan untuk bergandingan bersama orang ramai dalam membasmi serta mencegah jenayah daripada berleluasa di negara ini
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
