KUALA BELAIT, Khamis 22 November 2018 – Satu rondaan pengawasan kejiranan (PK) menjurus kepada pencegahan jenayah telah dijalankan oleh anggota Balai Polis Kuala Belait bersama ahli PK yang di hadiri oleh Ketua Kg Pandan C, Yang Mulia Awg Haji Affendy bin Awg Damit.
Rondaan di jalankan di kawasan perumahan, di sepanjang kawasan pantai, flat-flat kosong dan rumah kediaman di bawah tadahan Pandan C.
SG LIANG – Beberapa tempat di kawasan Lumut 1 juga di jalankan rondaan di mana tumpuan adalah di kawasan rumah-rumah kediaman di Kg Sg Bakong, Kg Sg Kayu Ara sehingga ke Kg Sg Taring.
Mengetuai rondaan ialah Sarjan Mejar Tungku Ak Awi bersama Pmk Ketua Kampung Lumut 1, Yang Mulia Hj Abd Aziz bin Hj Gani.
Kawasan rumah-rumah kosong juga menjadi fokus lawatan dan rondaan kerana ianya di khuatiri akan menjadi sarang kepada kegiatan-kegiatan yang negatif dan mencurigakan.
TEMBURONG – Sokongan juga di berikan oleh Ketua Kg Selangan, Yang Mulia Awg Dulamit bin Burut dalam sama-sama membuat rondaan pencegahan jenayah di kawasan kampung Sibulu dan Kg Selangan.
Seramai 3 anggota Balai Polis Bangar yang di ketuai oleh Lans Koperal 5398 Zainuddin telah sama-sama menjalankan rondaan dikawasan persekitaran kampong, bangunan kerajaan sehingga ke kawasan dusun buah-buahan.

MUARA – Turut sama mengiatkan rondaan ialah ahli-ahli PK daripada RPN Kg Panchor Mengkubau bersama anggota Balai Polis Muara.
Rondaan pencegahan di perumahan tersebut di sertai oleh Yang Mulia Mohd Hilmy bin Haji Ahmad selaku Timbalan Pengerusi PK Kg Panchor Mengkubau bersama 7 orang ahli PK.

TUTONG – Seramai 26 orang yang terdiri daripada anggota Balai Polis Tutong dan ahli-ahli PK Luagan Dudok telah berkumpul bagi menjalankan rondaan pencegahan PK.
Mengetuai rondaan Penolong Pegawai Menguasa Balai Polis Tutong, Inspektor Percubaan (P/I) Abdul Hakim bin Hj Mohd Salleh dan Yang Mulia Johari bin Haji Maidin, Ketua Kg Luagan Dudok selaku Pengerusi PK.
Sepanjang rondaan tidak ada menemukan sebarang kegiatan-kegiatan jenayah dan aktiviti yang melanggar perundangan negara ini.
Pasukan Polis Diraja Brunei berharap usaha program ini akan memberikan kesedaran kepada orang awam akan betapa pentingnya gandingan bersama masyarakat dalam memantapkan lagi semangat kejiranan dan bersama membenteras dan mencegah jenayah.
