BRUNEI MUARA, Rabu 17 April 2019 – Unit Pengawasan Kejiranan (PK) Balai Polis Berakas telah menjalankan rondaan pencegahan dan pemantauan jenayah bersama ahli-ahli PK Kampong Orang Kaya Besar Imas (OKBI) dan Kampong Rancangan Perumahan Negara (RPN) Lambak Kanan.   

Rondaan dibuat di kawasan letak kereta Padang Belapan Berakas semasa Perlawanan Bola Sepak Semi Final FA Cup DST 2019, Perlawanan antara MSPPDB vs Indera FC.   

SENGKURONG – Balai Polis Sengkurong tidak ketinggalan bagi menjalankan program PK bersama Ketua Kampong Jerudong, Yang Mulia Haji Rais bin Haji Ishak bersama empat orang ahli PK. 

Rondaan telah menumpukan di beberapa lokasi seperti kawasan rumah-rumah berdekatan Taman Permainan Jerudong, persekitaran pasar Jerudong, pantai dan bangunan-bangunan berdekatan.  

BELAIT – Balai Polis Labi telah mengaktifkan dua aktiviti pendekatan dan diteruskan dengan rondaan bertempat di rumah Ketua Kampong Merangking, Yang Mulia Muhd Raimey bin Abdullah.  

Semasa rondaan dijalankan di kawasan-kawasan bangunan kerajaan, Balai Ibadat serta rumah-rumah kediaman di kampong tersebut tidak ada menemui sebarang kejadian jenayah atau kegiatan yang mencurigakan.   

Program rondaan ini akan sentiasa dijalankan bagi mengawal kegiatan jenayah dan sekaligus membanteras perkara yang tidak bermoral bagi menjaga keamanan masyarakat. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS 

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI