BERAKAS, Rabu 22 Mei 2019 – Unit Pengawasan Kejiranan Balai Polis Berakas telah membuat rondaan di kawasan Stadium Tertutup Berakas bersama ahli-ahli PK Kg STKRJ Lambak Kiri.
Rondaan pencegahan dengan berjalan kaki yang dijalankan di sepanjang kawasan-kawasan letak kereta Stadium Negara, Pusat Persidangan Antarabangsa dan kawasan sekitarnya tidak ada menemui sebarang aktiviti-aktiviti yang mencurigai yang menyalahi undang-undang.

SERIA – Balai Polis Seria turut mengaktifkan rondaan Pengawasan kejiranan bersama-sama ahli PK RPN Panaga 2000 Seria yang diketuai oleh Penolong Pegawai Menguasa Balai, Inspektor percubaan (P/Insp) Norfaiz bin Bakri beserta keanggotaan balai dan ahli PK seramai 10 orang.

Rondaan berjalan kaki telah buat di sepanjang kawasan Jalan Karuak, Kalajiau, Taripas, Puragam sehingga ke Jalan Parak.
KUALA BELAIT – Pengawasan Kejiranan Kg Pandan B mempergiatkan program PK bersama Focal Point Balai Polis Kuala Belait dengan membuat rondaan di kawasan tadahan kampung berkenaan.
Tumpuan rondaan di kawasan-kawasan sekolah seperti Sekolah Rendah Abdul Momin, Sekolah PGGMB, kawasan premis perniagaan, sepanjang Jalan Maulana dan persekitarannya.

Semasa rondaan pencegahan jenayah yang dijalankan tidak ada menemukan sebarang perkara-perkara yang mencurigakan serta aktiviti-aktiviti jenayah.
Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) akan sentiasa memberikan kerjasama dan pemantauan dari masa ke semasa dalam menjaga keamanan dan keselamatan masyarakat.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT URUSETIA PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
