MUARA, Khamis 18 Okt 2018 – Pengawasan Kejiranan (PK) anjuran Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah mengendalikan dua (2) rondaan bersepadu pencegahan jenayah secara berasingan semalam dengan kerjasama enam (6) Balai di daerah Brunei Muara bersama ahli-ahli pengawasan kejiranan.
Rondaan kumpulan pertama melibatkan Balai Polis Sengkurong, Balai Polis Pusat dan Balai Polis Kampong Ayer manakala kumpulan kedua melibatkan Balai Polis Berakas, Balai Polis Muara dan Balai Polis Limau Manis. Dalam pada itu, Mengetuai rondaan Pengawasan Kejiranan ialah Pegawai-Pegawai dan Penolong Pegawai Menguasa Balai Polis di bawah tadahan Balai Polis masing-masing.

Tempat-tempat rondaan banyak tertumpu di kawasan-kawasan yang dipercayai sering berlakunya kejadian jenayah berdasarkan daripada laporan-laporan yang di buat oleh mangsa-mangsa kejadian. Dengan adanya penglibatan para ahli-ahli PK didalam rondaan ini juga akan mengukuhkan lagi kerjasama sesama masyarakat kampong dalam tanggungjawab mencegah jenayah.
TUTONG – Balai Polis Lamunin dan ahli PK Kampung Merimbun juga telah mengendalikan rondaan pencegahan jenayah yang sama semalam.
Mengetuai rondaan Penolong Pegawai Menguasa Balai Polis Lamunin, Inspektor Percubaan Ak Md Waie @ Ak Fathurahman bin Pg Abdullah Sani dan Pemangku Ketua Kampong Merimbun, Yang Mulia Sani bin Nangkat bersama 2 orang anggota Balai dan 5 orang ahli PK kampong berkenaan.
TEMBURONG – Turut sama menjalankan rondaan pencegahan jenayah ialah Balai Polis Bangar bersama ahli pengawasan kejiranan Kampung Puni.
Rondaan dihadiri seramai 04 orang anggota balai yang diketuai oleh Penolong Pegawai Menguasa Balai Polis Bangar, Inspektor Alif Nur Khaliq bin Haji Mat Rasil, manakala ahli PK Kampung Puni dihadiri seramai 07 orang ahli.
Sepanjang rondaan PK yang di jalankan di semua daerah semalam tidak ada menemukan sebarang kegiatan-kegiatan yang mencurigakan serta tidak ada yang menyalahi undang-undang negara ini.
Pasukan Polis juga menyeru kepada orang awam untuk memberikan sokongan dan galakan bagi Program PK ini terutama sekali dalam penglibatan para belia yang akan membantu dan mengukuhkan lagi matlamat iaitu bersama masyarakat mendukung undang-undang dalam memelihara keamanan dan kestabilan negara.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
