BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin 25 Mac 2019 – Daerah Polis Tutong, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah berjaya menahan seorang suspek yang dipercayai terlibat dalam kes mengambil, mengutip, menyimpan dan menjual kayu gaharu tanpa permit yang sah. 

Tertuduh merupakan seorang lelaki warganegara tempatan bernama Muhammad Jofri bin Abdullah, berumur 51 tahun dan tidak bekerja. 

Pada hari ini 25 Mac 2019, tertuduh telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Bandar Seri Begawan bagi menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 27(1) Penggal 47 dan hasil daripada sebutan kes tertuduh tidak mengaku bersalah dan telah dilepaskan dengan ikat jamin polis. 

Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) ingin menyeru dan menasihatkan kepada orang ramai agar tampil bagi mengongsikan dan memberikan sebarang maklumat bagi tujuan pencegahan, pembanterasan dan juga bagi menurunkan kadar jenayah di negara ini. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS 

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI