BELAIT, Rabu 5 Feb 2020 – Kerjasama dan interaksi Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) melalui Program Pengawasan Kejiranan (PK) perlu dikukuhkan dengan masyarakat awam bagi mendapatkan kepercayaan serta berkongsi maklumat dengan lebih cepat sejajar dengan persepsi rasa selamat dalam kalangan penduduk di negara ini. 

Perjumpaan suku tahun ke 4 tahun 2019 telahpun dilaksanakan dimana ianya dihadiri dipengerusikan oleh Pemangku Pegawai Pemerintah Daerah Polis Belait, Yang Mulia Penguasa Polis (SUPT) Haji Mohammad Azrie bin Haji Talip. Turut hadir semasa perjumpaan tersebut YB Awg Hanapi bin Mohd Siput (Pmk Penghulu Mukim Labi/Ketua Kg Labi I), Pegawai-Pegawai Kerajaan, Pegawai-pegawai PPDB Daerah Polis Belait, para Penghulu-penghulu Mukim, Ketua-ketua Kampung di Daerah Belait. 

Agenda perjumpaan yang berlangsung di Mess Pegawai, Ibu Pejabat Daerah Polis Belait itu diselitkan dengan perkongsian statistik kes-kes jenayah yang berlaku di kawasan kampung Daerah Belait dan juga statistik PK yang dijalankan sepanjang suku ke 4 tahun 2019. 

MUARA – Seterusnya, Balai Polis Muara diketuai oleh Inspektor Kanan (S/Insp) Saidin bin Mohamad Salleh selaku Pegawai Menguasa Balai Polis Muara membuat pendekatan ke rumah Yang Mulia Haji Abd Wahab bin Haji Kassim, Pemangku Ketua Kampung RPN/STKRJ Tanah Jambu bagi membincangkan perancangan aktiviti PK serta berkongsi maklumat kejadian jenayah yang berlaku. 

Secara amnya pendekatan adalah cara terbaik bagi membantu menangani kebimbangan penduduk kampung daripada menjadi mangsa jenayah. Di samping itu, pelaksanaan program ini akan sentiasa berterusan menerusi dengan aktiviti rondaan dan sosial. 

SERIA – Pembabitan Unit Pengawasan Kejiranan Balai Polis Panaga bersama ahli PK RPN Kg Panaga dalam aktiviti rondaan memfokuskan di sepanjang kawasan RPN Panaga dan kawasan-kawasan yang terbiar. Selain itu, usaha untuk berhenti dan berbual dengan orang awam juga giat dijalankan dalam aktiviti rondaan ini dan berakhir dengan tidak ada menemukan kejadian-kejadian yang berunsur jenayah. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​