JUMAAT, 7 Ogos 2020 – Pautan kerjasama yang terjalin di antara Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dan orang ramai amat diutamakan dalam memantapkan pembentukan institusi bermasyarakat yang bersikap prihatin dan bertanggungjawab.
Ini terbukti dengan penglibatan penduduk kampung melalui program Pengawasan Kejiranan (PK) yang dikelolai oleh PPDB.
TEMBURONG – Rondaan pencegahan jenayah telah dikendalikan oleh Balai Polis Bangar bersama 6 ahli-ahli PK daripada Kg Labu Estate, Senukoh dan Piasau-Piasau. Mengetuai rondaan ialah Pegawai Menguasa Balai Polis Bangar Inspektor Muhammad Ajib bin Haji Ahmad Awal dan 4 anggota Balai.
Rondaan tersebut akan sentiasa diteruskan dan dijalankan dari masa ke semasa bagi usaha untuk menghalang serta mengurangkan kadar perilaku jenayah.
MUARA – Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kg Mentiri kawasan 1 antara lokasi rondaan yang dibuat oleh Penolong Pegawai Menguasa Balai Polis Muara, Inspektor Mohd Firnasrulillah Hj Abd Ghani bersama Pmk Ketua Kg, Yang Mulia Hj Abu Bakar bin Pungut.
Objektif rondaan jenayah itu telah berjalan dengan lancar dan tidak ada mendapati sebarang kejadian yang mencurigakan atau berunsur jenayah.
LIMAU MANIS – Sikap pemedulian dan mengambil berat terhadap perkembangan persekitaran kampung adalah diutamakan bagi mengekang sebarang kegiatan-kegiatan yang berbaur jenayah.
Perkara ini dititik beratkan semasa perjumpaan dan diteruskan dengan aktiviti rondaan yang dijalankan di kawasan persekitaran Kg Masin.
Hadir bagi bersama-sama menjalankan program PK itu ialah keanggotaan Balai Polis Limau Manis diketuai oleh Penolong Pegawai Menguasa Balai Polis Limau Manis, Inspektor Aminuddin bin Haji Metussin bersama Yang Mulia Moksin bin Haji Kamis, Pemangku Ketua Kg Masin.
LAMUNIN – Seramai 3 ahli PK Kg Batang Mitus telah menjalankan rondaan pencegahan bersama keanggotaan Balai Polis Lamunin.
Mengetuai rondaan ialah Inspektor Zulfadli bin Haji Awg Muhd Yusof beserta anggota balai dan juga dihadiri oleh Yang Mulia Awang Suhaili bin Alas, Pemangku Ketua Kg Batang Mitus, Lamunin.
Aktiviti rondaan bersama ahli-ahli PK ini dihasrat dapat meningkatkan kewaspadaan serta kepekaan akan kepentingan keselamatan dalam objektif utama menjadikan kehidupan persekitaran dalam keadaan aman, sejahtera daripada sebarang pengaruh dan kegiatan jenayah.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
