GADONG, Isnin 6 April 2020 – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) hari ini telah menerima sumbangan derma berupa 5 kotak sarung tangan daripada Petroleum Synergy Enterprise yang telah disampaikan di Ibu Pejabat PPDB.
Sumbangan tersebut adalah keperluan yang disalurkan bagi kegunaan Pegawai dan Anggota barisan hadapan PPDB dalam menangani penularan wabak COVID-19 di negara ini.

PPDB ingin mengucapkan setinggi – tinggi penghargaan dan berbanyak terima kasih kepada pihak Petroleum Synergy Enterprise atas sumbangan ikhlas bagi sama – sama membantu dalam pencegahan wabak COVID-19 di Negara Brunei Darussalam.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
