BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin 13 April 2020 – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) hari ini telah menerima sumbangan derma berupa 20 botol hand sanitiser dan 30 kotak face mask daripada Bobby Electrical Co. Sdn. Bhd dan One Station Supermarket. Manakala 60 kotak sarung tangan juga turut telah disumbangkan oleh 673 Cyclists.
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Philip Chieng, Pengarah Bobby Electrical Co. Sdn. Bhd kepada Yang Mulia Mohammad Zulhilmi bin Haji Omar Ali, Pengarah Jabatan Pentadbiran Am dan Kewangan PPDB bertempat di Ibu Pejabat PPDB.
Sumbangan tersebut adalah keperluan yang disalurkan bagi kegunaan Pegawai dan Anggota barisan hadapan Pasukan Polis Diraja Brunei dalam menangani penularan wabak COVID-19 di negara ini.
Pasukan Polis Diraja Brunei mengucapkan setinggi – tinggi penghargaan dan berbanyak terima kasih kepada Bobby Electrical Co. Sdn. Bhd, One Station Supermarket and 673 Cyclists atas sumbangan ikhlas bagi sama – sama membantu dalam pencegahan wabak COVID-19 di Negara Brunei Darussalam.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
