BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad 7 April 2019 – Satu serbuan perjudian telah berjaya dikendalikan hasil kolibrasi daripada keanggotaan Unit Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat serta Unit Pecah Rumah dan Curi Kereta, Jabatan Siasatan Jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) semalam. 

Operasi yang dijalankan pada sekitar jam 11 malam tersebut berhasil menyerbu kegiatan perjudian katam-katam di dalam kawasan hutan berdekatan dengan bangunan premis perniagaan di Kg Kiulap, Bandar Seri Begawan. 

Seramai 12 orang individu berjaya ditahan semasa operasi tersebut yang terdiri daripada warganegara asing dipercayai terlibat dalam kegiatan berkenaan. 

Kegiatan perjudian tersebut dikendalikan didalam kawasan binaan pondok kayu didalam hutan. Semasa serbuan, Pihak Polis turut menemukan beberapa peralatan perjudian dan sejumlah wang tunai yang dipercayai digunakan untuk perjudian berkenaan. 

Semua tangkapan serta barang-barang bukti dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah untuk siasatan lanjut. 

Kes siasatan ini disiasat di bawah Seksyen 7 (2) kesalahan bermain judi di kawasan awam, Akta Rumah Judi terbuka Penggal 28. 

Pasukan Polis Diraja Brunei akan sentiasa membuat pemantauan, menjejak dan mengesan penjenayah-penjenayah yang hendak bertapak dan menjalankan aktivitiaktiviti haram di negara ini.  

Kerjasama orang ramai dalam menyalurkan maklumat adalah sangat berkesan dan membolehkan operasi pembanterasan aktiviti yang menyalahi peraturan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS  

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI