GADONG, Rabu 28 November 2018 – Majlis penyampaian sijil dan hadiah murid terbaik telah diadakan bagi murid-murid Sekolah Taman Didikan Anak-Anak Polis Diraja Brunei (TDAAPD) di dewan Stadium Hassanal Bolkiah, Ibu Pejabat Polis Gadong.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Isteri Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) , Yang Mulia Datin Hajah Kamariah bte Haji Abdul Hamid. Jemputan-jemputan yang turut hadir adalah terdiri daripada pegawai-pegawai PPDB serta ibu bapa serta penjaga murid-murid.
Pada tahun ini seramai 60 org murid telah menamatkan pembelajaran sesi 2018 dan seramai 9 org murid dari KG1 dan 9 org murid dari KG 2 telah mendapat keputusan cemerlang.

Majlis ini merupakan aktiviti tahunan yang sering diadakan pada setiap tahun bertujuan untuk memberikan penghargaan dan apresiasi kepada murid-murid yang cemerlang dari segi akademik dan aktiviti luar serta kepada murid- murid yang telah menamatkan pembelajaran sesi tahunan.
Di samping itu, beberapa persembahan menarik daripada murid-murid serta ibu bapa turut diadakan bagi memeriahkan lagi majlis berkenaan.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
