GADONG, Isnin 28 Oktober 2019 – Bersempena menyambut hari kelahiran junjungan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (SAW) yang jatuh pada 12 rabiulawal tahun hijrah, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) juga tidak ketinggalan meraikannya dengan mengadakan pelbagai acara keagamaan bagi menyemarakkan lagi sambutan Maulidur Rasul tersebut.
Justru, PPDB melalui Badan Ugama Islam (BUI) memulakan acara Maulidur Rasul dengan mengadakan majlis pembukaan Dikir Syarafil Anam selama 12 malam berturut-turut di Surau Ibu Pejabat Polis Gadong, bermula pada malam tadi.

Hadir bagi sama-sama menyemarakkan majlis selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali, Pesuruhjaya Polis PPDB. Turut hadir ialah Pengarah-Pengarah Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan, Para Pegawai dan anggota PPDB.
Majlis Pembukaan Dikir Maulud dimulakan dengan solat fardhu maghrib dan sembahyang sunat berjemaah dan diikuti dengan bacaan dikir dipimpin oleh Imam Surau Ibu Pejabat Polis Gadong, APO Sarjan 6472 Mohammad Yusri bin Haji Abu Bakar.
Majlis diakhiri dengan bacaan Dikir Marhaban selepas sahaja selesai solat fardhu isyak berjemaah serta doa selamat.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
