BALI, Selasa 27 Mei 2025 – Delegasi Negara Brunei Darussalam (NBD) telah menghadiri dialog berkaitan dengan jenayah eksploitasi kanak-kanak: “Child Sexual Exploitation Regional Dialogue (CSERD) 2025” bermula 27 hingga 29 Mei 2025 yang dihadiri oleh pihak pegawai-pegawai daripada Unit Siasatan Jenayah Penderaan Wanita dan Kanak-Kanak dan Unit Siasatan Pemerdagangan Manusia, Jabatan Siasatan Jenayah Pasukan Polis Diraja Brunei.
Dialog ini dianjurkan oleh pihak Australian Federal Police (AFP) dengan kerjasama Australian Centre to Counter Child Exploitation (ACCCE) dan Jakarta Centre for Law Enforcement Cooperation (JCLEC) yang telah mewujudkan konsep CSERD bermula pada tahun 2018. Perasmian CSERD telah berlangsung di Manila, Philippines pada 25 hingga 26 Februari 2019 buat pertama kalinya. CSERD telah dirancang akan diadakan pada bulan Februari 2020 akan tetapi disebabkan pandemic COVID-19 jadi ianya ditunda ke 24 Mei sehingga 26 Mei 2023 di Siem Reap, Cambodia. Dialog yang ke tiga diadakan di Phuket Tailand pada 24 Oktober sehingga 26 Oktober 2023. Manakala, dialog ini adalah dialog yang ke empat yang akan diadakan di The Westin, Nusa Dua Bali Indonesia.
Objektif dialog ini adalah untuk mengukuhkan pendekatan kerjasama serantau dalam menangani isu eksploitasi seksual kanak-kanak. CSERD 2025 memberi tumpuan kepada usaha untuk memahami secara lebih meluas permasalahan ini di seluruh rantau Asia Tenggara. Tema bagi CSERD 2025 ini ialah: “From Collaboration to Action: United in combatting Child Sexual Exploitation”.
Seramai enam puluh lima (65) orang yang terdiri daripada pelbagai ASB dari sebelas buah negara termasuk Australian French Police, French National Police, United States Department of Homeland Security, organisasi bukan kerajaan telah menyertai dialog selama tiga (03) hari tersebut. Wakil daripada Negara Brunei Darussalam telah berkongsikan pembentangan tentang kes-kes yang melibatkan mangsa saksi kanakkanak yang dieksploitasi dan dipemerdagangkan.
Dikeluarkan oleh:
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
