Jumaat, 9 Ogos 2019 – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) semakin giat mengeratkan jalinan persahabatan bersama masyarakat melalui rakan strategik program Pengawasan Kejiranan (PK). Melalui aktiviti pendekatan yang dipertengahkan oleh PK, beberapa kampung di daerah-daerah negara ini telah menjalankannya dengan efektifnya. 

PANAGA – Unit Pengawasan Kejiranan (UPK) Balai Polis Panaga yang diketuai Pegawai Menguasa Balai Balai Polis Panaga, Inspektor Mikhail Iman bin Abdullah Lee telah membuat aktiviti pendekatan bersama Pemangku Ketua Kg Panaga, Yang Mulia Awang Mohd Arifin bin Abdullah yang bertempat di rumah kediaman Timbalan Pengerusi PK Kg Panaga, Yang Mulia Awang Zaleha bin Lahap. 

KILANAS – UPK Balai Polis Pusat BSB turut mengadakan pendekatan bersama Ketua Kg Kilanas, Yang Mulia Awang Haji Matrais @ Haji Mohd Rais bin Sabtu yang dihadiri ahli PK serta penduduk-penduduk kampung berkenaan. 

PANGKALAN BATU – Tidak ketinggalan UPK Balai Polis Limau Manis bersama Pemangku Ketua Kg Pangkalan Batu, Yang Mulia Awang Mohd Haikal bin Haji Kahar turut mengadakan pendekatan di rumah kediamannya. 

BERAKAS – UPK Balai Polis Berakas juga telah membuat pendekatan bersama Pemangku Ketua Kampung Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kg Lambak Kanan Kawasan 5 Awang Haji Abd Wahid @ Awang Saidi bin Jadit. 

Objektif pendekatan berkenaan adalah bertujuan untuk memberikan kesedaran mengenai gejala-gejala jenayah, berkongsi maklumat, membincangkan hal ehwal kampung serta merapatkan hubungan Pihak Polis bersama Pihak Masyarakat. 

Kerjasama yang erat ini serta kesepakatan yang padu antara Pihak Polis dan masyarakat perlu terus diperkasakan demi menjaga kepentingan serta keselamatan dalam mewujudkan negara yang aman dan sejahtera. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI