BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa 13 November 2018 – Seorang wanita telah diberkas Pihak Polis dalam satu serbuan pada petang tadi dipercayai terlibat dalam kegiatan yang tidak bermoral.

Unit Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat, Jabatan Siasatan Jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam serbuan berkenaan telah menahan seorang wanita warga asing di dalam sebuah bilik di salah sebuah hotel penginapan di kawasan Gadong di percayai ada menawarkan khidmat seks.

Suspek wanita bernama Vu Thi Ngoc Bich warga negara Viet nam berumur 42 tahun di tahan dan barang-barang bukti yang di percayai digunakan bagi menjalankan kegiatan tersebut turut ditemui seperti beberapa kepingan kondom dan krim / minyak pelincir dan wang tunai.

Suspek telah di bawa ke Jabatan Siasatan Jenayah untuk di soal siasat dan kesemua barang bukti dirampas bagi tujuan siasatan.

Kes di siasat dibawah seksyen 294A Kesalahan Menawarkan Khidmat Seks,Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22.

Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI