Bandar Seri Begawan, Sabtu, 14 Mac 2026 – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) melalui Badan Ugama Islam (BUI) telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yaasin dan Tahlil bagi ayahanda dan bonda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman, serta paduka anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim sempena bulan Ramadhan bagi tahun 1447 Hijrah bersamaan 2026 Masihi. Majlis tersebut telah diadakan di Kubah Makam Diraja, Bandar Seri Begawan.
Rombongan PPDB telah diketuai oleh Yang Mulia Dato Seri Pahlawan Awang Sulaiman bin Alidin, Pesuruhjaya Polis PPDB. Dan turut hadir ialah Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Mohammad Saifullah bin Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris, Timbalan Pesuruhjaya Polis PPDB, para pengarah dan timbalan pengarah, ketua-ketua formasi, pegawai, anggota pangkat rendah serta kakitangan PPDB.



Bacaan Surah Yaasin dan Tahlil telah dipimpin oleh Yang Mulia APO Sarjan 6472 Mohammad Yusri bin Haji Abu Bakar, Imam Surau Polis Gadong. Seterusnya Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.
Majlis keagamaan ini dikendalikan oleh Badan Ugama Islam (BUI) PPDB yang bertujuan untuk menyemarakkan lagi bulan Ramadhan Al-Mubarak dan memperolehi ganjaran pahala berlipat ganda serta keberkatan dari Allah Subhanahu Wataála.

Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
