GADONG, Sabtu 5 Januari 2019 – Bersempena Sambutan Hari Polis Ke 98 tahun pada tahun ini, seperti lazimnya akan dimeriahkan lagi dengan pelancaran dan pengedaran poster-poster sempena sambutan Hari Polis ke seluruh negara dengan tema Bersama Menghadapi Cabaran.

Majlis Penyerahan Poster Hari Polis ke 98 tahun ini telah berlangsung pada 5 Januari 2019 di Dewan Banquet, Mess Pegawai, Ibu Pejabat Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Gadong.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Pesuruhjaya Polis ,Pasukan Polis Diraja Brunei, Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd Shah Al Islam.  

Turut hadir ialah Yang Mulia Timbalan Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei, Dato Seri Pahlawan Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali, Pengarah-Pengarah, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai dan anggota Pasukan Polis Diraja Brunei serta jemputan-jemputan khas. 

Majlis kemuncak dalam acara tersebut adalah penyerahan poster kepada Para Pengarah, Pegawai-Pegawai Pemerintah Daerah Polis, Ketua-ketua Formasi, Pegawai-Pegawai Menguasa Balai PPDB, Pegawai-Pegawai Daerah, Wakil-wakil Kementerian, Penghulu dan ketua-ketua kampong serta Pengamal-pengamal Media untuk diedarkan ke seluruh daerah di negara ini. 

Dikeluarkan Oleh :  

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI