LAMUNIN, Rabu 23 Oktober 2019 – Balai Polis Lamunin, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah mengesahkan menerima satu laporan kes jenayah yang berlaku di kawasan rumah kediaman Kg Kiudang, Tutong. 

Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada sekitar jam 7 pagi dan melibatkan kecederaan ringan ke atas seorang wanita warga emas beserta kerugian harta benda. 

Pihak polis masih menjalankan siasatan dan sedang mengumpul sebarang bukti bagi menjejaki 2 orang suspek yang dipercayai terlibat di dalam kejadian berkenaan. 

PPDB ingin meminta bantuan dan kerjasama daripada orang ramai untuk tampil dan menyalurkan sebarang maklumat berkenaan kejadian ini melalui talian kecemasan 993 atau di balai-balai polis yang berdekatan. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI