SERI BEGAWAN,Khamis 31 Oktober 2018 –  Unit Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat , Jabatan Siasatan Jenayah , Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah berhasil menahan seorang lelaki warganegara tempatan kerana disyaki terlibat dengan kegiatan perjudian 4 digit loteri di alamat Hong Bee Trading Company, Taman Alam Mukim Lot 20025, Jalan Gadong, Kg Beribi Gadong semalam.

Suspek Ang Tiong Yu 29 tahun telah di berkas dan turut dirampas bersama barang-barang bukti seperti wang tunai, kertas nombor dan slip pertaruhan di tempat kejadian dan kemudian di bawa ke Jabatan Siasatan Jenayah bagi siasatan lanjut.

Tertuduh telah di hadapkan ke Mahkamah Majistret pada hari ini dan tertuduh telah mengaku bersalah atas tuduhan dibawah seksyen 4 (C) Akta Rumah Judi Terbuka Penggal 28 dan telah di jatuhkan hukuman denda sebanyak $5,000 ringgit atau denda 5 bulan penjara jika gagal membayar.

Pasukan Polis Diraja Brunei mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih di atas maklumat dengan kegiatan tersebut dan menyarankan kepada orang ramai untuk mengongsikan maklumat apa saja kegiatan-kegiatan yang mencurigakan kepada pihak Polis atau ke talian kecemasan Polis 993.

Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI