GADONG, Khamis 21 Nov 2019 – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) hari ini, mengadakan Majlis Ceramah Agama sempena Maulud Nabi Muhammad SAW Tahun 1441 Hijrah / 2019 Masihi yang berlangsung di Auditorium Ibu Pejabat PPDB Tungku Gadong.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Mulia Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali, Pesuruhjaya Polis, PPDB.
Turut hadir Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis Yang Mulia Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Dato Paduka Haji Mohd Hassan bin Pehin Penyurat Haji Ahmad, Pengarah-Pengarah, Pegawai-Pegawai Kanan serta anggota dan kakitangan PPDB.

Ceramah pada majlis tersebut bertajuk ‘Meneladani Muamalat Rasulullah’ telah disampaikan oleh Yang Mulia Dr. Haji Noralizam bin Haji Aliakbar, Pengarah Pusat Ilmu Teras Kolej Universiti Penguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB).
Majlis ini dianjurkan oleh Badan Ugama Islam PPDB dan merupakan salah satu aktiviti tahunan yang bertujuan untuk memperingati dan menyemarakkan lagi Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
