LUMUT, Rabu 29 Mei 2019 – Seramai 25 orang anggota Polis Keselamatan Padang Minyak, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah menjalankan satu kempen membersihkan masjid bertempat di Masjid Zainab, Kampung Lumut, Daerah Kuala Belait.
Mengetuai rombongan kempen ialah Inspektor Mohd Saifulnizam bin Sabli, Pegawai Menguasa Polis Keselamatan Padang Minyak.
Adapun tujuan aktiviti ini adalah untuk menghidupkan semangat pada bulan Ramadan ini serta sebagai salah satu aktiviti untuk menyemai serta menanamkan sikap bergotong-royong dan keperihatinan terhadap kebersihan yang sememangnya digalakkan dalam Islam bahkan ianya dapat mengeratkan lagi hubungan di antara anggota-anggota polis keselamatan padang minyak yang sama-sama mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut.

Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT URUSETIA PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
