KUALA BELAIT, Sabtu 25 Mei 2019 – Seramai 32 anggota Polis Keselamatan Padang Minyak, Daerah Polis Belait yang diketuai oleh Pegawai Menguasa Polis Keselamatan Padang Minyak, Yang Mulia Inspektor Mohd Saifulnizam bin Sabli telah menjalankan aktiviti kempen membersihkan kubur bertempat di tanah Perkuburan Islam Batu 3 di Jalan Maulana, Kuala Belait.
Kempen dimulakan dengan membersihkan kawasan tanah perkuburan dan seterusnya bacaan Surah Yasin dan bertahlil beramai-ramai yang dipimpin oleh APO 6908 Abdul Hadi Bin Saidin.
Adapun tujuan aktiviti ini adalah untuk menghidupkan semangat di bulan Ramadan ini serta sebagai salah satu aktiviti bertujuan memupuk nilai murni bagi mengenang jasa anggota-anggota Pasukan Polis Diraja Brunei yang telah kembali ke rahmatullah bahkan ianya dapat mengeratkan lagi hubungan di antara anggota-anggota Polis Keselamatan Padang Minyak yang sama-sama mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut.



Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT URUSETIA PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
