LABI, Sabtu 8 Disember 2018 – Unit Pengawasan Kejiranan, Balai Polis Labi Daerah Polis Belait telah membuat pendekatan ke rumah Pemangku Penghulu Mukim Sukang, Yang Mulia Hj Mohd Noh bin Datu Maharaja Setia Dian dan seterusnya mengadakan rondaan pencegahan jenayah. 

Pendekatan dan rondaan berkenaan diketuai oleh Pegawai Menguasa Balai Polis Labi, Inspektor Mohd Nazmi bin Hj Ismail bersama 3 orang anggota balai tersebut. 

Rondaan berkenaan dibuat dengan berjalan kaki dan tumpuan adalah dikawasan bangunan-bangunan kerajaan, Balai Ibadat, rumah-rumah penduduk Mukim Sukang serta persekitarannya. 

BERAKAS – Pengawasan Kejiranan dari Kampung Delima juga telah membuat rondaan PK pencegahan jenayah yang telah diketuai L/Cpl 5329 Effendy dari Unit Pengawasan Kejiranan Balai Polis Berakas, Daerah Polis Brunei & Muara.   

Rondaan berjalan kaki itu menyasarkan ke kawasan-kawasan letak kereta dikawasan  Stadium Tertutup Berakas dan sekitarnya berikutan acara sukan 10th BIMPNT-EAGA FRIENDSHIP GAME 2018 yang sedang berlangsung di negara ini.   

Hasil rondaan yang dijalankan tidak ada menemukan sebarang aktiviti-aktiviti yang mencurigakan. 

Dikeluarkan Oleh :  

 UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI