TUTONG, Selasa 22 Januari 2019 – Keanggotaan Balai Polis Lamunin yang diketuai oleh Penolong Pegawai Menguasa Balai Polis Lamunin Percubaan Inspektor Ak Md Waie @ Ak Fathurahman Bin Pg Abdullah Sani telah membuat lawatan ke rumah Ketua Kampong Bekiau/Pengkalan Mau, Yang Mulia Haji Mohd Taib Bin Haji Jaludin yang juga dihadiri dua (2) orang ahli Pengawasan Kejiranan kampong berkenaan.

Perjumpaan adalah bertujuan bagi membincangkan mengenai status kadar jenayah dan kejadian kemalangan yang dilaporkan di kawasan kampong tersebut.

Dalam perkara itu, perjumpaan juga diselitkan mengenai perkongsian kemajuan serta perancangan aktiviti yang akan dijalankan dalam kerjasama memantapkan institusi PK di kampong tersebut serta mengeratkan perhubungan silaturahim di antara Pengawasan Kejiranan dengan Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB).

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI