TUTONG, 25 Mac 2019 – Seramai 7 orang anggota Balai Polis Tutong yang diketuai oleh Pegawai Menguasa Balai Polis Tutong, Inspektor Ahmad Faez bin Haji Md Hani telah membuat program pendekatan dan perjumpaan bersama Pemangku Ketua Kg Sengkarai, Yang Mulia Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan.
Matlamat perjumpaan tersebut adalah untuk membincangkan rondaan pencegahan jenayah bagi PK Kampong Sengkarai dalam sama-sama menjaga keamanan kampung di samping berkongsi maklumat mengenai trend-trend jenayah yang berlaku di bawah kawalan kampung.
BELAIT – Balai Polis Kuala Belait melalui ahli Focal Point Koperal 2721 Shamsudin bin Haji Naim dan Koperal 3028 Mohd Jin bin Roseta telah membuat pendekatan bersama Ketua Kampong Pandan C, Yang Mulia Haji Affendi bin Haji Awang Damit.
Berkongsi maklumat tentang jenayah dan statistik jenayah yang berlaku di bawah jagaan Ketua Kampong Pandan C adalah dapatan dari pendekatan ini.
TEMBURONG – Balai Polis Temburong mempergiatkan Program Pengawasan Kejiranan dengan membuat pendekatan dan lawatan ke rumah Ketua Kampong Batu Apoi, Yang Mulia Awang Haji Daud bin Haji Masri.
.jpeg)

Mengetuai lawatan tersebut Focal Point Lans Koperal 5398 Zainuddin bin Marsal bersama Polis Konstable Wanita 6463 Siti Sabariah binti Haji Salleh.
Pendekatan tersebut bertujuan untuk meninjau secara lebih dekat akan perkembangan semasa keadaan kampung serta membincangkan mengenai cadangan untuk menubuhkan Pengawasan Kejiranan di kampung tersebut.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
