BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu 24 November 2018 – Balai Polis Kampong Ayer telah menyampaikan sijil perlantikan Pengawasan Kejiranan (PK) kepada 5 orang ahli PK  Kampong Lumapas ‘B’ yang disampaikan oleh Pegawai Menguasa Balai Polis Kampong Ayer, Inspektor Hamdan bin Mantul. 

Turut hadir Ketua Kampung Lumapas ‘A’, Yang Mulia Haji Mohd Yassin bin Haji Hassan dan Ketua Kampung Lumapas ‘B’, Yang Mulia Haji Chuchu bin Haji Seruddin bersama 17 orang ahli PK dibawah jagaan Daerah Polis Brunei Muara. 

Seterusnya rondaan bersepadu pencegahan jenayah bermula dijalankan di sekitar kawasan Kampong Lumapas ‘A’ dan ‘B’, sepanjang Kampong Buang Tengkurok, Kampong Lupak Luas sehingga ke kawasan Kg Ayer iaitu Kg Saba ke Kg Lurong Sikuna. 

Seramai 27 anggota polis balai Daerah Polis Brunei Muara turut terlibat dalam rondaan tersebut yang di jalankan selama 2 jam tersebut. Hasil rondaan tidak ada menjumpai perkara-perkara yang melibatkan jenayah berlaku. 

BELAIT – Balai Polis Sungai Liang turut menjalankan rondaan pencegahan jenayah bersama ahli Pengawasan Kejiranan Kampong Sungai Liang.  

Mengetuai rondaan Penolong Pegawai Menguasa Balai Polis Sungai Liang, Inspektor Kanan ( Senior Inspektor) Haji Rabiul Shukreen bin Abdullah bersama 3 anggota Balai Polis Sungai Liang. 

Turut hadir Pemangku Ketua Kampong Sungai Liang, Yang Mulia Haji Mohd Ibrahim Bin DMS Dian dan seorang ahli PK Sungai Liang. 

Rondaan pencegahan jenayah dibuat di sekitar kawasan rumah pekerja warga asing di Jalan Pantai Sg Liang, kawasan Jalan Kampung Tunggulian dan kawasan gerai aneka Mukim Sungai Liang. 

Antara objektif lain rondaan ini dibuat adalah sebagai gandingan masyarakat awam bersama Pasukan Polis Diraja Brunei dalam sama-sama melaksanakan pencegahan dan kawalan keselamatan secara sukarela di kampung masing-masing. 

Dikeluarkan Oleh :  

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS 

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI