BERAKAS, Isnin 26 November 2018 – Sesi perjumpaan suku tahun ke 2 & 3 Pengawasan Kejiranan (PK) telah diungkayahkan oleh Balai Polis Berakas bersama Ketua-Ketua Kampong Berakas ‘A’ ,’B’ dan Mukim Gadong ‘A’ yang diadakan di Dewan Serbaguna Balai Polis Berakas.

Perjumpaan ini telah dipengerusikan oleh Penolong Pegawai Menguasa Balai Polis Berakas, Penolong Penguasa Polis (P/ASP) Muhammad Alif bin Haji Musa serta anggota-anggota Fokal Point PK Balai.

Turut hadir semasa perjumpaan berkenaan seramai 9 ketua-ketua Kampong yang terdiri daripada Ketua Kg Lambak B, Kg Pancha Delima, Kg Delima Satu, Kg Jaya Setia/Jaya Bakti/Kg Burung Pinggai Berakas, RPN Lambak Kanan 1, RPN Lambak Kanan 3, RPN Lambak Kanan 5, Kg Sg Tilong dan RPN Rimba 1.

Perbincangan menyentuh mengenai strategi-strategi pencegahan jenayah yang bakal dirancangkan di masa akan datang bagi memantapkan lagi pergerakan PK di bawah tadahan Balai Polis Berakas.

Turut diberi penerangan kepada ahli-ahli yang hadir ialah maklumat dan kejadian yang berlaku secara kebelakangan menjurus kepada perihal kegiatan Jenayah dan kemalangan lalulintas.

Harapan Pasukan Polis adalah bagi masyarakat awam untuk memberikan sokongan yang padu bagi bekerjasama dan bergandingan dalam usaha membenteras dan mencegah jenayah.

Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI