TEMBURONG, Isnin 27 Ogos 2018- Perjumpaan dan permuzakarahan suku tahun ke dua Pengawasan Kejiranan (PK) telah di adakan bersama Penghulu dan ketua-ketua kampong di Daerah Temburong.
Sesi perjumpaan tersebut dihadiri dan di pengerusikan oleh Pegawai Pemerintah Daerah Polis Temburong, Penguasa Polis Haji Azree bin Haji Abdul Manaf bersama Pegawai-pegawai Polis di Daerah Temburong dan anggota-anggota Balai.
Turut hadir ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara Yang Berhormat Haji Embran bin Sabtu, Penghulu Mukim Bokok, Yang Mulia Mohd Khairul Shahrul bin Haji Duahim, Penolong Pegawai Daerah Temburong, Pegawai-Pegawai Kanan, Para Penghulu, Ketua-ketua Kampong di Daerah Temburong.
Taklimat berhubung statistik kes-kes jenayah dan kemalangan lalulintas serta perkongsian maklumat adalah antara intipati perisian semasa permuzakarahan tersebut diadakan, juga dibincangkan ialah rancangan bagi meningkatkan lagi aktiviti dan program-program dibawah PK dimasa akan datang.
