AHAD, 27 Sept 2020 – Perkongsian maklumat melalui Program Pendekatan Pengawasan Kejiranan (PK) menjana kepada peningkatan kesedaran di kalangan masyarakat secara kohesif dalam kerjasama membanteras kegiatan jenayah serta kegiatan negatif dikekang dengan sebaiknya. 

Beberapa aktiviti pendekatan telah diaktifkan oleh Keanggotaan Focal Point Unit Pengawasan Kejiranan (UPK) di beberapa Balai Polis secara berasingan di negara ini. 

LIMAU MANIS – Perkembangan serta informasi terkini perihal kegiatan jenayah di kawasan kampung telah dikongsikan sama oleh Penolong Pegawai Menguasa Balai Polis Limau Manis, Inspektor Aminuddin bin Haji Metussin bersama anggota balai bertempat di kediaman Pemangku Ketua Kg Bebuloh, Yang Mulia Moksin bin Haji Kamis. Pemangku Ketua Kg Bebuloh, Yang Mulia Haji Muhd Sa’id bin Tundak @ Lantang dan juga ke rumah Pemangku Ketua Kg Junjungan, Yang Mulia Haji Tamam @ Haji Ahmad Shah Tamami bin Haji Timbang. 

Pada 16 September 2020 yang lalu telah dikendalikan sesi pemuzakarahan di antara ahli-ahli PK yang bernaung di bawah tadahan Balai Polis Limau Manis. Dalam sesi tersebut permuzakarahan menyentuh mengenai statistik jenayah bagi suku tahun pertama dan juga diselitkan dengan sesi suai kenal. 

Hadir bagi perjumpaan tersebut Yang Berhormat Haji Mohimin bin Johari@Jahari, Ketua Kg Limau Manis, Haji Muhd Sa’id bin Tundak @ Lantang Pemangku Ketua Kg Bebuloh, Haji Tamam@Haji Ahmad Shah Tamami bin Haji Timbang Pemangku Ketua Kg Junjungan, Haji Saban bin Lamat,Ketua Kg Batong, Haji Mohamad Zain bin Abdul Ghani, Pmk. Ketua Kg Wasan, Haji Ismail bin Haji Jumat, Pemangku Ketua Kg Panchor Murai, Muhd Haikal bin Haji Kahar, Pemangku Ketua Kg Pengkalan Batu. Perbincangan dan muzakrah ini sentiasa dijalankan dari masa ke semasa bagi mengeratkan lagi silaturahim di antara kesemua pihak. 

BATU APOI – Perjumpaan turut dijalankan bersama ahli-ahli PK Kg Batu Apoi yang diketuai oleh Pemangku Penolong Pegawai Pemerintah Daerah Polis Temburong, Penolong Penguasa Polis (ASP) Pg Anak Haji Azanuddin Aman Shah bin Pg Anak Ismail Al-Haj, bersama ahli Focal Point PK Balai. 

Sikap pemedulian dan perihatin terhadap perkembangan sekitar kampung adalah diutamakan dan sentiasa dijalankan dari masa ke semasa. 

SERIA – Kesejahteraan kampung bukan sahaja menjurus kepada rumah kediaman malah ianya juga menyentuh kepada keselamatan dalam dan persekitaran rumah peribadatan. 

Oleh itu, pendekatan dan perjumpaan telah buat di Masjid Pekan Seria bersama petugas masjid, Yang Mulia Ismail bin Ibrahim bagi berkongsi maklumat mengenai keadaan dan juga perihal keselamatan kawasan masjid berkenaan. 

Hadir ialah Penolong Penguasa Polis Percubaan (P/ASP) Syed Afidzul Azeez bin SheikhHj Abu Bakar, Pegawai Menguasa Balai Polis Seria bersama Inspektor percubaan Boniface Ak Janlita Penolong Menguasa Balai Polis Seria dan juga beberapa anggota Balai. 

Mekanisma perhubungan di antara Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) melalui Program PK ini akan sentiasa ditanai bagi merangka strategi yang berkesan dalam perkongsian dan pemantauan strategi pencegahan jenayah.

Dikeluarkan oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI