BRUNEI MUARA, Khamis 19 Mac 2020 – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah mendapati adanya penularan skim-skim penipuan atas talian (online) serta pelaburan mata wang digital.

Modus Operandi skim penipuan ini diperolehi melalui pengiklanan melalui platform media sosial seperti laman-laman sesawang, e-mel serta teks pesanan ringkas yang telah mempengaruhi mangsanya dengan tawaran perjanjian pulangan kewangan yang lumayan jika membuat pelaburan. 

Di samping itu, skim ini seterusnya akan cuba untuk mempengaruhi mangsanya dengan mendapatkan sebarang maklumat mengenai peribadi mangsa kemudian menyalahgunakannya bertujuan untuk mendapatkan wang mangsa. 

Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) ingin menegaskan dan menasihatkan kepada orang ramai di negara ini agar tidak memberikan sebarang tindak balas mahupun respon jika ada menerima tawaran-tawaran sedemikian serta sentiasa berwaspada dan berhati-hati agar tidak menjadi mangsa kepada skim penipuan dan pelaburan atas talian ini.

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​