BERAKAS, Isnin 12 November 2018 – Susulan daripada rakaman video yang tular di media sosial berkenaan insiden pergaduhan beberapa individu semasa acara kejohanan tinju yang berlangsung di Airport Mall, Berakas pada 10 November 2018 yang lalu.
Dalam pada itu, Balai Polis Berakas sedang menjalankan siasatan terhadap seorang individu yang di percayai terlibat semasa kejadian tersebut. individu tersebut: Herdy Wandy bin Yussof, 34 tahun, warga negara tempatan.
Pasukan Polis sedang giat menjalankan siasatan dan mengumpul bahan bukti bagi mengetahui punca sebenar kejadian.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
