TEMBURONG, Rabu 02 Julai  2025 – Daerah Polis Temburong, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah menjalankan operasi pemantauan dan pencegahan jenayah dan telah berjaya menumpaskan satu percubaan membawa barangan tegahan.

Semasa operasi, sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan telah dikesan oleh anggota Balai Polis Bangar di kawasan Kampung Meniup, Temburong. Kenderaan tersebut berjaya ditahan di Kampung Sibulu Temburong dan pemandu kenderaan telah melarikan diri ke dalam hutan berdekatan.

Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan, mendapati dalam jumlah besar barang tegahan iaitu sebanyak 504 tin dan 24 botol minuman keras pelbagai jenama, 50 karton rokok berserta 40 kg produk makanan mentah seperti buntut ayam dan hati buyah dan sebuah telefon bimbit. Kesemua barang-barang tegahan dan telefon bimbit dirampas dan telah diserahkan kepada Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) untuk siasatan lanjutnya.

PPDB menasihatkan kepada orang awam agar sama-sama berganding bahu dan membantu agensi kerajaan membanteras aktiviti penyeludupan barang yang ditegah. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sebarang aktiviti jenayah diminta untuk menghubungi talian kecemasan 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

tegahan barang 2.jpeg
tegahan barang 1.jpeg

Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

IBU PEJABAT POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI