BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu 22 Jan 2002 – Sebanyak 2 kes curi berjaya diselesaikan oleh Balai Polis Berakas, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) setelah berjaya menahan seorang suspek dipercaya terlibat dengan perbuatan curi di 2 kawasan berasingan iaitu Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali Salambigar dan Universiti Teknologi Brunei, Rimba.

Suspek bernama Md Nurkhairul Fadzillah bin Ali Safari berumur 31 tahun warganegara tempatan berdepan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 403 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 iaitu Pelepasan Harta Secara Tidak Jujur dan di bawah Seksyen 380 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 iaitu Curi Dalam Bangunan.
Suspek dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Bandar Seri Begawan pada 22 Januari 2020 bagi sebutan kes.
Hasil daripada perbicaraan, Pihak Mahkamah telah menjatuhkan hukuman pemenjaraan ke atas Md Nurkhairul Fadzillah bin Ali Safari selama 18 bulan bermula 22 Jan 2020.
PPDB menegaskan dan menasihatkan kepada orang ramai agar tidak melakukan sebarang tindakan melulu menjurus kepada perbuatan jenayah. Undang – undang negara akan sentiasa ditegakkan dan dikuatkuasakan bagi kepentingan ketenteraman dan keamanan negara.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
