GADONG, Isnin 22 April 2019 – Majlis Penyerahan Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi Pasukan Polis Diraja Brunei telah berlangsung di Surau Ibu Pejabat Polis, Gadong. 

Tetamu kehormat pada majlis berkenaan ialah Pemangku Pengarah Jabatan Pentadbiran Am dan Kewangan, Yang Mulia Penguasa Kanan Polis (Snr Supt) Haji Zaini bin Haji Abd Rahim.  

Majlis tersebut dimulakan dengan perisian ceramah diikuti Majlis Penyerahan Kurma Kurnia Peribadi KDYMM yang disempurnakan oleh tetamu kehormat. 

Majlis seterusnya disusuli dengan bacaan doa selamat yang dipimpin oleh Imam Surau Ibu Pejabat Polis Gadong, APO Sarjan Mejar 6924 Pengiran Haji Ludin bin Pengiran Haji Matahir dan diakhiri dengan solat Asar berjemaah. 

Turut hadir di majlis tersebut Pegawai Pemerintah Daerah Polis, Ketua-ketua Formasi, Pegawai-Pegawai, Anggota dan kakitangan awam Pasukan Polis Diraja Brunei. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI