BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Disember 2018 – Satu majlis perlantikan telah diadakan kepada 6 orang ahli Pengawasan Kejiranan Kg Perpindahan Mata-mata yang baru oleh Focal Point Balai Polis Pusat Brunei Muara.

Hadir di majlis tersebut ialah Penolong Penguasa Polis(ASP) Hj Mohd Baihaqi bin Pehin Orang Kaya Maharaja Salia Dato Paduka Hj Mohd Tarif serta anggota-anggota Balai Polis Pusat.

Turut serta hadir dimajlis berkenaan, Pg Hj Mohd Salleh bin Pg Hj Abd Rahman, Ketua Kg Perpindahan Mata-Mata dan beberapa ahli PK Kg Perpindahan Mata-mata.

Peranan tugas-tugas selaku ahli Pengawasan Kejiranan juga turut diterangkan serta penyerahan buku Panduan Pengawasan Kejiranan.

Orang ramai adalah dialu-alukan untuk menyertai Pengawasan Kejiranan terutama belia-belia, untuk bersama berganding bahu mengatasi kejadian jenayah-jenayah dinegara ini.

Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI